BELAJAR BERSAMA MR KAHAR.BMGURUKU

"MEMBIASAKAN YG BETUL"

Friday, 23 November 2012

Lawak Gila


Belajar-belajar juga tetapi kita kena relaks dan otak kena rehat supaya tidak stress dan tekanan. Apa orang cakap "Dont study Hard But Study Smart". Oleh itu, sambil pelajar menambah ilmu dalam blog cikgu ini, cikgu selitkan cerita yang boleh membuat anda terkencing seluar sambil terkentut. Hahahahahah !!! jangan marah.

Lawak 1 ; seorang isteri sedang masak untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Namun, dengan rasa kecewanya kerana dah pukul 12 malam tak balik-balik. Lagi makin berapi apabila call beberapa kali tak dapat. Selepas 10 minit, maka si isteri pun menyuruh anak perempuannya yang berumur 5 tahun call papanya.
Terkejut gila anaknya apabila mendengar suara perempuan dan memberitahu mamanya. Tak sampai 15 minit suami pun sampai, belum sempat beri salam kena hantam dengan lesung batu sehingga cedera parah. Jiran-jiran pun berkumpul kerana bising. Maka, seorang makcik ni pun bertanya, apakah helnya ni ? Maka si isteri pun menceritakan a-z. Maka si makcik yang bijak ni pun bertanya kepada si anak. Apa yang kau dengan nak ? Jawab si kecil, "No yang anda dail sedang di luar kawasan" maka si isteri pun sedar itu suara operator dan menyesal. Pengajarannya "jangan terburu-buru dan cemburu buta"

Lawak 2 ; 
seorang penjaga kubur hairan melihat seorang lelaki menangis di sebuah kubur lalu bertanya mengapa lelaki itu menangis. Dia pun memberitahu bahawa dia sedih kerana dia tidak tahu mengapa kawannya mati kerana dia sihat sahaja. Maka, penggali kubur itu pun cuba menghiburkan lelaki tersebut dengan menceritakan pengalaman ganjilnya
sebagai penjaga kubur. Dia memberitahu bahawa 3 orang mati serentak dan ketiga-tiganya senyum. Lelaki yg menangis itu pun bertanya mengapa mereka senyum walaupun dah mati ?Jawapan orang tua tersebut

Mayat pertama ; senyum kerana dia mati semasa malam pertama.... hahahah mungkin terlalu berasa nikmat sehingga jantungnya laju sampai tidak terkawal dan meletup.
Mayat kedua ; senyum kerana mati dipanah petir. Dia senyum kerana menyangka cahaya itu flash kamera tetapi rupanya cahaya kilat.
Mayat ketiga yang paling senyum ; Dia terkejut kerana telah disaman oleh JKM (kesihatan) kerana menghidap penyakit paru-paru berair menyebabkan jejentik bersarang di dalam badannya..

Selepas mendengar cerita tersebut, lelaki yg menangis tadi pu ketawa terbahak-bahak tanpa disedarinya terjatuh ke dalam lubang kubur yang baru digali dan mati tersenyum. Pengajarannya ; Ketawa jangan sampai lupa Allah.

No comments:

Post a Comment