Penggunaan peribahasa sangat penting dalam penulisan karangan kerana ia akan menunjukkan kematangan dan pengetahuan seseorang tentang peribahasa melayu dan cara penggunaanya. Cikgu harap pelajar harus cuba dan membiasakan diri menggunakan peribahasa tersebut dalam menghasilkan karangan.
1. melentur buluh biarlah dari rebungnya - ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya agar anak-anak mudah dibentuk menjadi insan terbilang.
2. bagai aur dengan tebing - kita harus bertindak secara kolektif dan bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menangani kemelut gejala sosial sehingga ke akar umbinya.
3. sebelum nasi menjadi bubur - kita haruslah mengambil tindakan agar mereka tidak terus terjebak ke dalam kancah jenayah dan vandalisme.
4. menarik rambut di dalam tepung - seorang ketua perlu bijak dalam membuat keputusan seperti menarik rambut di dalam tepung agar tiada pihak yang menjadi mangsa.
5. genggam bara api biar jadi abu - jika melakukan sesuatu kerja itu haruslah ibarat genggam bara api biar jadi abu agar tiada yang tertangguh dan menambahkan bebanan.
6. orang celik meraba di tengah hari - Masyarakat jangan bersikap seperti orang celik meraba di tengah hari apabila melihat remaja terlibat dengan gengsterisme ataupun buli.

No comments:
Post a Comment