BELAJAR BERSAMA MR KAHAR.BMGURUKU

"MEMBIASAKAN YG BETUL"

Sunday, 25 November 2012

Simpulan Bahasa


Selain peribahasa, anda juga boleh menggunakan simpulan bahasa untuk menjadikan karangan anda lebih menarik dan kreatif. Tetapi pastikan penggunaan peribahasa tersebut sesuai dengan ayat yang anda gunakan. Antara yang paling kerap digunakan adalah seperti ;

a. akar umbi (asas/punca terawal) - Masalah gejala sosial perlu diselesaikan dari akar umbinya agar ia dapat diatasi dengan mudah dan berkesan.

Saturday, 24 November 2012

Home Tuisyen.CikguKahar


Mengapa Tuisyen cikguKahar menjadi pilihan anda yang terakhir dan mungkin yang terbaik ?

1. Jumlah pelajar yang tidak lebih daripada 5 orang - supaya mudah untuk fokus dan kurang gangguan daripada pelajar yang tidak bertanggungjawab.

2. Bahan pengajaran - hanya menggunakan kertas model peperiksaan setiap sesi pembelajaran - membiasakan pelajar dengan pelbagai bentuk soalan dan cara menjawab yang betul.

3. Masa yang lebih panjang dan tiada saingan - UPSR - 2 JAM PERSESI  - PMR 1 JAM SETENGAN & SPM 1 JAM 45 MINIT.

4. Harga home tuisyen yang tiada saingan dan termurah - UPSR RM 20, PMR RM 20 DAN SPM RM 25/day/student

5. Perbincangan secara terperinci tentang soalan dan jawapannya satu persatu (sebab-akibat)

6. Perkongsiaan teknik karangan dan pemeriksaan kertas dua secara individu

7. Lokasi - anda bebas untuk memilih sama ada di rumah anda @ kelas yang disediakan

8. Masa hanya bermula dari pukul 2.30 pm sehingga 5 pm. Hari Sabtu dan Ahad sudah penuh.

AMARAN !!! KERAS OLEH KERAJAAN MALAYSIA. KELAS INI HANYA UNTUK PELAJAR YANG BENAR-BENAR INGIN BELAJAR

untuk sebarang pertanyaan anda boleh membuat comment dalam ruang yang telah disediakan atau hubungi cikgu di nombor 019-3678455. Jangan Malu dan jangan segan ... cikgu sedia membantu setakat mana yang mampu.

sekian terima kasih

Peribahasa


Penggunaan peribahasa sangat penting dalam penulisan karangan kerana ia akan menunjukkan kematangan dan pengetahuan seseorang tentang peribahasa melayu dan cara penggunaanya. Cikgu harap pelajar harus cuba dan membiasakan diri menggunakan peribahasa tersebut dalam menghasilkan karangan.

Friday, 23 November 2012

Lawak Gila


Belajar-belajar juga tetapi kita kena relaks dan otak kena rehat supaya tidak stress dan tekanan. Apa orang cakap "Dont study Hard But Study Smart". Oleh itu, sambil pelajar menambah ilmu dalam blog cikgu ini, cikgu selitkan cerita yang boleh membuat anda terkencing seluar sambil terkentut. Hahahahahah !!! jangan marah.

Lawak 1 ; seorang isteri sedang masak untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Namun, dengan rasa kecewanya kerana dah pukul 12 malam tak balik-balik. Lagi makin berapi apabila call beberapa kali tak dapat. Selepas 10 minit, maka si isteri pun menyuruh anak perempuannya yang berumur 5 tahun call papanya.

Karangan Kreatif






Karangan adalah bahagian yang sangat penting dalam kertas dua dalam mana-mana peperiksaan sama ada PMR aaupun SPM. Oleh itu, wajarlah semua pelajar tahu teknik yang paling mudah dan kreatif agar pemeriksa tersenyum lebar semasa memeriksa kertas peperiksaan anda. Antara bahagian yang terpenting ialah seperti di bawah ;

Pengenalan - ia merupakan ibarat wajah kita. Jika hambar, hodoh, comot dan tidak menarik maka ia akan memberi persepsi negatif awal pemeriksa sehingga menghilangkan keghairahannya untuk menyemak. Untuk itu, cuba gunakan teknik yang cikgu kongsikan semoga boleh memberi 1000 manfaat 

Kemahiran Tatabahasa

FAHAMKAN YA JANGAN HAFAL

FORMULA A++++

1. kata majmuk dan bermaksud banyak - tidak boleh menerima kata ganda di belakangnya

cth ; Mereka bijak-bijak dan pandai (X)
        Mereka bijak dan pandai (B) tetapi pengecualian jika kata 
        ganda selepas itu ialah kata ganda bermaksud satu.
cth ; Ramai kanak-kanak bermain di taman (B)
        Ramai Kanak bermain di taman (X) kerana kanak-kanak
        bermaksud satu orang sahaja.

BM oh BM, mengapa ?






Askum dan salam sejahtera kepada semua pelajar tercinta. Selamat datang ke blog cikgu yang sederhana ini dalam mendalamkan ilmu dan membaiki kelemahan kita dalam Bahasa Malaysia..Dalam kelas maya ini cikgu akan cuba berkongsi dengan pelajar