Karangan adalah bahagian yang sangat penting dalam kertas dua dalam mana-mana peperiksaan sama ada PMR aaupun SPM. Oleh itu, wajarlah semua pelajar tahu teknik yang paling mudah dan kreatif agar pemeriksa tersenyum lebar semasa memeriksa kertas peperiksaan anda. Antara bahagian yang terpenting ialah seperti di bawah ;
Pengenalan - ia merupakan ibarat wajah kita. Jika hambar, hodoh, comot dan tidak menarik maka ia akan memberi persepsi negatif awal pemeriksa sehingga menghilangkan keghairahannya untuk menyemak. Untuk itu, cuba gunakan teknik yang cikgu kongsikan semoga boleh memberi 1000 manfaat
S = situasi = Gejala sosial semakin meruncing sejak belakangan ini.
S = situasi = Gejala sosial semakin meruncing sejak belakangan ini.
M = Maksud = Mereka telah terlibat dalam gejala negatif seperti buli dll.
K = Kesan = Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan remaja akan terus hanyut
sebelum kita pergi lebih mendalam, para pelajar perlu menguasai dulu formula asas dalam isi-isi karangan anda yang wajib ada dan kata kunci yang tepat untuk mengelakkan jawapan anda keluar daripada tajuk sebenar.


No comments:
Post a Comment